fbpx

Dua guru wanita maut, kereta dipandu terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terbabas dan terjunam ke dalam gaung berhampiran Jambatan Merotai Besar, Kampung Kijang pagi tadi.

Oleh IVAN AMIRUL

TAWAU – Dua guru wanita maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki bersama dua lagi rakan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung berhampiran Jambatan Merotai Besar, Kampung Kijang pagi tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai Dayana Damsah, 27, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa, Nurizyani Kafli@Masri, 24, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tawau.

Dua lagi rakan sekerja, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin mengalami cedera parah kini dirawat di Hospital Tawau.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zulbada Alior berkata, empat guru berkenaan adalah guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas.

Zulbada berkata, semua guru wanita terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Jalan Merotai ke sekolah.

“Kita menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.02 pagi sebelum menghantar tujuh anggota bersama jentera ke tempat kemalangan.

“Setibanya di lokasi, kita melihat memang terdapat sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan berada dalam keadaan terbalik dipercayai terbabas sendiri ke bahu jalan.

“Semua mangsa terhumban keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulbada berkata, dua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam manakala dua lagi mangsa dibantu oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI