fbpx

MCMC nafi tuduhan Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan tuduhan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung ‘arahan’ kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk
merampas telefon mudah alih milik beliau.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan, pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.

Sebaliknya, kata MCMC, pihaknya akan terus mengemukakan bantuan dan syor teknikal, sesuai dengan keperluan siasatan secara telus tanpa sebarang agenda terlindung termasuk agenda politik

MCMC juga menafikan wujudnya ‘unit khas’ untuk tujuan politik, gangguan politik, kempen sabotaj dan lain-lain seperti yang didakwa oleh Syed Saddiq dalam kenyataan beliau.

“Untuk makluman, MCMC berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta
Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MCMC berkata, selain itu, susunan organisasinya dibentuk dan disusun bersesuaian dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh suruhanjaya tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI