fbpx

25 kes positif Covid-19 di Kepulauan Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak menjalani ujian saringan Covid-19 di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Tumpat semalam. - Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seramai 25 penduduk di Kepulauan Tumpat di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disahkan positif Covid-19 setakat hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah itu melibatkan 15 orang penduduk Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat (5), Pulau Beluru (4) dan Pantai Suri (1).

Katanya, kes positif Covid-19 itu hasil saringan yang telah dilakukan oleh JKNK terhadap 596 penduduk di kawasan tersebit.

“Bagaimanapun, 515 lagi sampel ujian saringan itu masih dalam proses sama ada postif atau sebaliknya.

“Daripada jumlah tersebut, 56 orang yang disaring itu didapati negatif daripada Covid-19,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, jumlah 25 postif itu tidak termasuk seorang wanita yang datang dari PKPD di Pasir Mas sebelum ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seramai 300 orang penduduk di Kampung Teluk Renjuna di sini mula menjalani ujian saringan Covid-19 susulan penularan wabak itu mula dikesan kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

Penularan jangkitan Covid-19 itu disebabkan oleh seorang wanita yang dipercayai lari dari kawasan Mukim Bunut Susu, Pasir Mas yang dikenakan Perintah PKPD baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI