PUTRAJAYA – Sebanyak 6,320 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia kini mencecah 505,115 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga meningkat kepada 53,682 kes.
Menurutnya, terdapat 652 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 370 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selain itu, sebanyak 50 kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,199 kes.
“Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,694 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 449,234 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ujarnya lagi, 17 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang turut menjadi penyumbang kepada kes harian negara. – K! ONLINE