fbpx

Dua lelaki minum di gerai dikompaun RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang dikompaun RM2,000 kerana minum di sebuah gerai di Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Dua lelaki yang tetap degil minum di sebuah gerai di Chukai di sini menerima padah apabila mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang pada semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan ketika sedang leka bersembang sambil minum petang di gerai terbabit pada pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan mendapati gerai terbabit mematuhi prosedur operadi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya menyediakan perkhidmatan makanan secara bungkus.

“Pengusaha gerai itu mengadu kedua-dua pelanggannya tersebut tidak mengendahkan larangannya agar tidak makan dan minum di premisnya.

“Dua lelaki itu juga gagal mengemukakan alasan munasabah (minum di gerai),” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang masih berdegil makan di gerai atau kedai makan di sekitar daerah tersebut.

“Pemilik kedai juga perlu pastikan pelanggan mereka tidak makan di kedai dan hanya menyediakan perkhidmatan bungkus atau penghantaran ke rumah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI