fbpx

Tetap laksana tugas walaupun balai bomba ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai bomba yang ditenggelami air.

BEAUFORT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menyatakan tiada sebarang gangguan proses pemindahan mangsa banjir di daerah Beaufort walaupun balai bomba dan penyelamat daerah ini turut dinaiki banjir sejak semalam.

Pegarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail berkata, pihaknya sudah memindahkan semua aset ke kawasan lebih selamat bagi memudahkan operasi membantu penduduk terjejas banjir dilaksanakan.

“Ada pegawai kita ketika air mulai memenuhi kawasan balai, mereka keluar pergi membantu memindahkan mangsa namun apabila balik balai pula sudah hampir tenggelam.

“Bagaimanapun, kita sudah memindahkan aset-aset untuk menjalankan operasi ke tempat yang lebih selamat agar dapat menjalankan operasi seperti biasa.

“Ia bukan suatu halangan buat kita kerana memang perkara seumpama ini sudah menjadi kebiasaan dalam penugasan anggota bomba,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penugasan anggotanya sepanjang bencana banjir, Md Ali menyatakan semua anggota tidak dibenarkan bercuti ketika ini malahan anggota yang sedang bercuti juga bakal diarahkan kembali bertugas bagi membantu operasi.

Menurut beliau, keanggotaan di daerah berkenaan hanya 32 orang namun dibantuan oleh agensi penguatkuasaan lain seperti polis, tentera, Rela dan APM.

Beliau berkata pihaknya juga memanggil anggota bomba sukarela untuk membantu kita memindahkan mangsa banjir atau menghantar bantuan makanan.

Md. Ali turut memaklumkan pelbagai aset dari balai bomba berhampiran juga sudah diarahkan membantu daerah ini serta daerah lain yang terjejas.

Sementara itu, ditanya mengenai halangan yang dihadapi anggota sepanjang memindahkan mangsa banjir, Md Ali menyatakan antara kekangan dihadapi termasuklah terdapat kawasan yang air banjir terlalu cetek sehingga sukar untuk bot penyelamat memasuki kawasan terbabit.

“Kita terpaksa mencari alternatif lain seperti menyelamat menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI