fbpx

Mayat warga emas tertiarap dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang di temui di dalam longkang di Kuala Sepetang pagi ini.- FOTO: Ihsan IPD Taiping

TAIPING – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poey Eng Kuala Sepetang di sini pagi tadi.

Kejadian disedari orang awam yang melalui kawasan tersebut pada pukul 8.30 pagi sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pemeriksaan anggota peronda polis di tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang lelaki berketurunan Cina.

Menurut beliau, sepasukan anggota bomba dan petugas kesihatan dipanggil ke lokasi untuk mengeluarkan mayat dan membuat pemeriksaan.

“Khidmat pasukan bomba diperlukan bagi mengeluarkan mayat dari dalam parit sebelum mangsa diperiksa oleh petugas kesihatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia manakala pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa.” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat selepas ujian Covid-19 diperolehi.

Identiti mangsa juga telah disahkan oleh ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian dan akan dituntut selepas selesai bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI