fbpx

Nasib pakai jaket keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuzree (dua dari kanan) bersama tiga rakannya yang dibawa ke Jeti Kastam, Pengkalan Kubor selepas ditemui selamat semalam. - FOTO: Ihsan Maritim Malaysia Kelantan

KOTA BHARU- Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot fiber yang dinaiki mereka dibadai pusaran angin puting beliung ketika sedang mencandat sotong di kawasan perairan Pantai Cahaya Bulan (PCB) semalam.

Bagaimanapun, kesemua mangsa bernasib baik kerana mereka memakai jaket keselamatan dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu.

Menceritakan detik kejadian, salah seorang mangsa, Yuzree Mahmud, 50 berkata, dia bersama empat lagi rakan menaiki bot jenis fiber keluar untuk mencadat sotong kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, apabila tiba di lokasi mencandat sotong 30 minit kemudian, mereka berlima melabuhkan sauh sambil menunggu masa solat Asar.

“Ketika baru memulakan aktiviti mencadat sotong kira-kira pukul 5.30 petang, saya melihat pusaran angin puting beliung bersama angin kencang menuju ke arah bot.

“Saya panik lalu menghidupkan enjin bot dan cuba menyelamatkan kami berlima. Tidak sampai satu kilometer bergerak, angin kuat itu terus membadai bot kami sebelum karam di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Lipat Sanggol, Banggol hari ini.

Menurut Yuzree, mereka bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan dan sempat berpaut pada tong ikan jenis fiber.

Katanya, dia dan tiga rakannya bertahan selama lebih lima jam di dalam air sebelum melihat bot nelayan yang datang untuk menghulurkan bantuan pada pukul 9.30 malam.

Ujarnya, bagaimanapun, seorang rakannya terpisah ekoran dihanyutkan air laut berjaya ditemui tiga jam kemudian apabila dia ditemui oleh nelayan sebelum dibawa pulang ke jeti Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan.

“Kami amat bersyukur apabila ada nelayan yang menemui dan membawa kami pulang dengan selamat. Mujur kami memakai jaket keselamatan, jika tidak mustahil untuk kami selamat di tengah-tengah laut. .

“Sepanjang 20 tahun menjadi nelayan, ini merupakan kejadian pertama bot karam yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan. Pastinya peristiwa cemas ini akan menjadi ingatan buat saya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI