fbpx

Sidang akhbar Ismail Sabri, Noor Hisham dan Tengku Zafrul petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar Ismail Sabri, Noor Hisham dan Tengku Zafrul petang ini

PUTRAJAYA – Satu sidang akhbar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah akan diadakan pada pukul 5 petang ini.

Pada masa sama, satu sidang akhbar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga akan diadakan secara maya pada pukul 6 petang.

Mengenai sidang akhbar Ismail Sabri, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan memaklumkan, ia antara lain berkaitan perincian prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan sekatan lebih ketat yang diumumkan semalam.

Agensi berita Bernama dalam media sosial hari ini berkata, sidang akhbar itu akan disiarkan secara langsung melalui Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE FB dan Youtube Bernama TV.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 petang semalam sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, perincian mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang akhbar Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI