fbpx

Pakai gelang atau tidak kontak rapat perlu asingkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu yang menjadi kontak rapat perlu mengambil sikap bertanggungjawab dengan mengasingkan diri tidak kiralah mereka memakai gelang merah jambu atau tidak.

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah, berkata, beliau melihat ada dalam kalangan masyarakat yang keliru berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan kontak rapat Covid-19.

Katanya, jika seseorang itu merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 mereka dikategorikan sebagai individu bawah siasatan (PUI) dan perlu mengasingkan diri sekurang-kurangnya 10 hari dari tarikh akhir mereka berhubung dengan orang yang disahkan mendapat jangkitan.

“PUI disyorkan menjalani ujian rantai polimerase (PCR) tetapi jika tiada kesempatan untuk  melakukan ujian dan anda sihat tidak mengapa dan hanya perlu mengasingkan diri.

“Manakala individu di bawah pengawasan (PUS) pula ialah seseorang yang mempunyai kontak rapat dengan PUI dan selagi keputusan PUI tidak keluar mereka perlu mengasingkan diri dan hanya boleh keluar dari pengasingan jika keputusan PUI negatif tapi jika positif individu tersebut automatik akan menjadi PUI,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebook Kementerian Kesihatan hari ini.

Tambahnya, dalam tempoh pengasingan seseorang individu perlu duduk di dalam bilik berseorangan dan tidak boleh mendekati penghuni lain termasuk ziarah dari bilik ke bilik.

Katanya, seseorang boleh tahu mereka merupakan kontak rapat jika mereka berjumpa pesakit tanpa penjarakan fizikal misalnya bersalam, tidak memakai pelitup muka, makan atau merokok bersama-sama, atau ‘membawang’ lebih 15 minit walaupun memakai pelitup muka.

“Tidak perlu bergantung sama ada bergelang merah jambu atau tidak. Jalankan tanggungjawab tanpa disuruh ini sahaja caranya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI