fbpx

Borhan minta maaf, beri kerjasama siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan maaf daripada Borhan.

SHAH ALAM – Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah memohon maaf kepada semua pihak susulan pelanggaran prosedur operasi standard ( SOP ) ziarah Aidilfitri yang tular baru-baru ini.

Borhan dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan telah pun memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

“Saya dengan ini ingin menyatakan kekesalan yang mendalam atas perkara ini dan berjanji bahawa perkara seumpama ini tidak akan berulang.

“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak di atas kesalahan ini serta mengakui kesilapan dan akan mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Borhan, semalam.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 17, P.U (A) 225/2021 Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021,” jelasnya.

Kosmo! online semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dipetik berkata, akan memanggil seorang Exco Selangor dalam masa terdekat dalam membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam penganjuran majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini.

Ini susulan penularan beberapa keping gambar daripada sebuah akaun Twitter pada pukul 11.27 pagi kelmarin.

Berdasarkan Twitter itu, pengguna tersebut melakukan ciapan “satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan.. tarikh dan masa sudah terpampang pada gambar-gambar itu”. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI