fbpx

PKPD : Tiga laluan utama Besut mula ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Seberang Kastam, Besut mulai ditutup pada pukul 8 malam tadi berikutan pelaksanaan PKPD dari 22 Mei hingga 4 Jun ini.

BESUT – Tiga laluan masuk utama di daerah ini telah ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di 15 mukim berkuatkuasa esok.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, penutupan tersebut melibatkan Jalan Seberang Kastam melalui Jambatan Kuala Besut di sini.

“Selain itu, Bulatan Kampung Lampu menghala ke Jalan Seberang Jerteh dan laluan bertentangan yang kedua-duanya terletak di Kampung Nanhka di sini juga ditutup.

“Penutupan kesemua jalan tersebut berkuatkuasa mulai pukul 8 malam tadi sehingga 4 Jun depan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, sepanjang tempoh PKPD berkenaan, ketiga-tiga laluan itu tidak boleh dilalui oleh kesemua jenis kenderaan.

Kosmo! hari ini melaporkan 15 mukim di daerah ini yang terlibat dengan pelaksanaan PKPD ialah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bembam, Tenang dan Hulu Besut.

Pelaksanaan PKPD terpaksa dilakukan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di lokaliti tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI