fbpx

Curi telefon ketika berurusan di pejabat kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suspek bertindak mencuri sebuah telefon bimbit di kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri, tingkat 42, Komtar di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Polis mengenal pasti identiti seorang lelaki yang mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang kakitangan di kaunter Jabatan Akauntan Negara (JANM) di tingkat 42, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Suspek berusia 40 tahun itu dikatakan mengambil telefon bimbit mangsa semasa sedang berurusan dengan salah seorang kakitangan di kaunter bersebelahan kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek lelaki tempatan terbabit hasil siasatan lanjut.

“Suspek belum ditangkap tetapi kita percaya dia akan ditangkap dalam tempoh terdekat selepas butiran mengenai dirinya telah diperoleh.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman dari sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kelibat suspek mengambil telefon bimbit dari kaunter berhampiran lalu mematikan peralatan komunikasi tersebut.

Video berdurasi 36 saat itu turut memperlihatkan suspek semasa kejadian memakai pelitup muka dengan kaca mata diletakkan di atas kepala sedang berdiri serta duduk seketika di kerusi hadapan kaunter pemilik telefon bimbit terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI