fbpx

Erra Fazira sampaikan salam Aidilfitri sempena gencatan senjata di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erra mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya sekali gus meraikan gencatan senjata oleh Israel terhadap penduduk Palestin menerusi Instagramnya tadi.

PETALING JAYA – Selepas lebih seminggu umat Islam meraikan Aidilfitri, pelakon dan juga penyanyi, Erra Fazira akhirnya tampil dengan sebuah video memberikan ucapan hari raya sekali gus simbolik kesyukuran terhadap keputusan gencatan senjata oleh Israel terhadap penduduk Palestin hari ini.

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Erra mendedahkan selama ini dia mengambil keputusan untuk tidak berkongsi gambar sambutan Aidilfitri dek keresahan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara serta kesedihan dengan kekejaman yang berlaku di Palestin.

“Mungkin ada peminat saya sedar saya tidak berkongsi apa-apa gambar sambutan hari raya tahun ini disebabkan pandemik Covid-19 selain sedih dengan apa yang berlaku di Palestin.

“Jadi di kesempatan hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, kalau ada salah dan silap saya, terlepas kata dan bahasa harap dapat dimaafkan,” ujar selebriti yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu.

Menerusi ucapan itu juga, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, turut melahirkan rasa gembira apabila Israel mengumumkan gencatan senjara ke atas Palestin pada hari ini.

“Alhamdulillah hari ini kita mendapat berita menggembirakan apabila gencatan senjata telah dilakukan apabila pihak Israel berhenti menyerang saudara kita di Palestin,” ujarnya gembira.

Bagi menandakan rasa syukur dan gembira atas pembebasan Palestin ke atas Israel, Erra turut membuat jambangan bunga dengan gabungan warna hitam, merah, putih dan hijau sebagai simbolik mewakili warna bendera Palestin.

“Saya tidak ada bendera Palestin, jadi saya gabungkan warna hitam, merah, putih dan hijau sebagai tanda syukur dan gembira saya,” ucapnya.

Pada masa sama, ibu kepada Engku Aleesya, 12, itu turut mengucapkan terima kasih bukan sahaja kepada penganut agama Islam bahkan juga kepada bukan Islam yang menentang keras kekejaman oleh tentera Israel.

“Semoga kita berdoa agar tidak ada lagi kekejaman seperti ini dan bukan sementara sahaja. Teruskan berdoa sesame kita. Alhamdulillah. Bebaskan Palestin!,” katanya.

Sekadar info, selepas 11 hari membedil Semenanjung Gaza tanpa henti sehingga memusnahkan bandar tersebut, Israel akhirnya bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula awal pagi ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menggelar langkah itu sebagai ‘sepakat dan tanpa syarat’.

Manakala tentera Hamas turut mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘sepakat dan serentak’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI