fbpx

Rayuan Kane buat Levy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE terdesak untuk meninggalkan Spurs selepas tidak yakin mengenai kemampuan kelab itu mampu memberinya gelaran. – AFP

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane me­ngakui dia sedia untuk mengadakan perbincangan ‘hati ke hati’ dengan pengerusi kelab, Daniel Levy mengenai masa depannya.

Berdasarkan laporan media tempatan, kapten skuad antarabangsa England itu dikatakan sudah bersetuju untuk meninggalkan pasukan tersebut pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain berusia 27 tahun itu dilihat terdesak untuk mening­galkan Spurs, terutamanya selepas dia menyatakan tidak mahu menamatkan karier­nya dengan tangan kosong.

“Sudah tentu perbincangan perlu diadakan antara saya dan kelab. Sudah tiba masanya untuk saya bercakap dari hati ke hati dengan pengerusi mengenai masa depan saya.

“Beliau (Levy) mungkin ada rancangan untuk jual saya de­ngan nilai £100 juta (RM587.7 juta). Tidak mungkin nilai saya setinggi itu pada dua atau tiga tahun akan datang,” katanya.

Kane dikatakan sudah hilang sabar untuk terus me­nyarung jersi Spurs apabila masih belum mendakap sebarang trofi dalam karier­nya termasuk ketika tewas kepada Manchester City pada final Piala Liga England (EFL) bulan lalu.

“Musim ini saya hanya menonton pasukan-pasukan England beraksi dalam Liga Juara-Juara. Saya juga mahu terlibat dalam perlawanan-perlawanan hebat seperti itu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI