fbpx

Raya Raya Raya Dolla paling hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lagu raya Dolla menjadi antara lagu paling hangat tahun ini.

ULASAN ini bukan bermakna penulis tidak sensitif dan cakna tentang pergolakan dunia. Begitu juga dengan situasi negara yang terus dihambatkan permasalahan Covid-19, kisah remah-temeh Neelofa dan konflik Israel-Palestin.

Di sebalik apa yang berlaku, diharapkan masih ada ruang untuk kita semua membebel perihal biasa-biasa yang kadang-kadang mengisi santai bersama teman rapat.

Dalam ketidakpuashatian dengan situasi yang tidak memihak kepada anda, teruskan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). Jangan ikut resmi ‘hodoh ‘para artis tempatan atau jolokan kayangan yang bukan-bukan.

Sebenarnya kita semua masih dalam ‘mood’ sambutan Aidilfitri (walaupun secara fizikal sudah lama tamat). Mengisi emosi raya, penulis ingin menukilkan sedikit catatan tentang kualiti lagu raya yang dirakamkan oleh kumpulan muzik wanita tempatan, Dolla berjudul Raya Raya Raya.

Dalam tempoh dua minggu, video muzik lagu tersebut sudah mencecah jumlah dua juta tontonan dalam YouTube. Itu satu pencapaian yang luar biasa untuk sebuah antem raya.

Secara peribadi, lagu tersebut antara kegemaran penulis kerana terkandung kualiti sebuah karya raya kontemporari yang mudah melekat di halwa telinga.
Dolla yang dianggotai empat wanita cantik, Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya pula melantunkan dan menterjemahkan lagu tersebut dengan cukup cemerlang.

DALAM masa singkat dan tanpa sekali pun bertemu peminat secara fizikal, Dolla kini menjadi antara penyanyi berkumpulan wanita paling hangat, bahkan diserikan lagi dengan lagu raya yang dibawa.

Cita rasa raya

Dari segi komposisi melodi, ‘produksi’ dan kepatuhan lagu berkenaan terhadap kotak kualiti sebuah lagu raya moden, memang menepati cita rasa umum.

Bahagian korus lagu ini adalah antara laungan korus lagu raya paling ‘catchy’ yang singgah di cuping telinga. Untuk itu dan perihal lain berkaitan komposisi, syabas buat semua yang terlibat, khususnya Mike Chan dan rakan-rakan.

Apa yang dimaksudkan tentang produksi, jika boleh, penulis ingin menepuk bahu pasukan Dolla tanda ‘good job’ kerana menghadirkan muzik video yang sangat berkualiti walaupun dibikin dalam suasana penuh kekangan akibat kawalan penularan Covid-19.

Biarpun hanya antem hari raya, usaha mereka tidak hanya melepaskan batuk di tepi tangga sebaliknya memberi layanan sehabis baik seperti lagu-lagu pop Dolla yang lain.

Paling penulis suka tentang lagu Raya Raya Raya, tentunya bahagian rap! Sungguh, mereka berjaya melahirkan satu lagi ‘bop’.

Untuk relevan dalam industri, penyanyi perlu ada sebuah lagu raya yang melekat di telinga. Maaf, ukuran yang sama bukan ditujukan terhadap Datuk Aliff Syukri.

Untuk Dolla, tingkatkan usaha dan terus bawa jenama M-pop (Melayu pop) walaupun sering disalah erti atau dibandingkan dengan K-pop terutama kumpulan wanita yang satu itu dari Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI