fbpx

Ucapan raya Park Seo-joon cairkan hati peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SEO-JOON

AKTOR terkenal Korea, Park Seo-joon baru-baru ini mencairkan hati peminatnya di Malaysia selepas cuba mengucapkan Selamat Hari Raya menggunakan bahasa Malaysia.

Mungkin ramai sedia maklum bahawa pelakon berusia 33 tahun itu baharu sahaja dilantik menjadi duta kepada produk jenama kelengkapan rumah yang terkenal di Korea Selatan, SK magic.

Terbaharu, buat julung kalinya Park Seo-joon bertutur dalam bahasa Malaysia bagi mengucapkan Selamat Hari Raya khusus buat penganut beragama Islam di Malaysia.

“Akhirnya dapat juga dengar Park Seo-joon cakap bahasa Melayu. Pandai dia cakap Melayu.

“Comelnya dia ucap selamat hari raya. Cair betul tengok,” komen peminat pada ruangan Instagram rasmi jenama produk berkenaan.

Untuk rekod, Seo-joon memulakan debut pada 2011 dan mula dikenali menerusi drama perdananya, Dream High 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI