PETALING JAYA – Sejumlah 145,173 panggilan oleh orang ramai yang terkesan secara psikologi dan emosi akibat pandemik Covid-19 diterima talian helpline agensi kerajaan seperti Talian Bantuan Sokongan Psikososial antara 25 Mac 2020 sehingga 20 Mei lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah panggilan tersebut, 85.5 peratus daripadanya melibatkan isu-isu berkaitan kesihatan mental.
“Mereka memerlukan sokongan emosi dan kaunseling akibat stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan dan tingkah laku bunuh diri.
“Antara punca-punca yang dikenal pasti adalah hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan, konflik keluarga, masalah hubungan interpersonal, stiga dan kurang akses kepada perkhidmatan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE