fbpx

Mangsa banjir Sabah cecah 2,599 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di Sabah kini mencecah 2,599 orang bagi daerah Tenom serta Beaufort.

BEAUFORT – Mangsa banjir Sabah kini mencecah 2,599 orang bagi daerah Tenom serta Beaufort setakat jam 4 petang ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata bilangan terbabit bertambah bertambah dari 1,447 mangsa pada pukul 9 pagi hari ini.

Jelasnya, Tenom kekal daerah tertinggi mencatatkan penduduk terjejas banjir iaitu seramai 2,128 orang yang kini ditempatkan di 19 di pusat pemindahan sementara (PPS) manakala seramai 471 mangsa direkodkan untuk daerah Beaufort melibatkan dua PPS.

“Antara PPS yang dibuka untuk daerah Tenom termasuklah Rumah Kebudayaan Kaubatang Lama menempatkan 61 mangsa, Rumah Kebudayaan Mamaitom (12 mangsa), Rumah Kebudayaan Marias (71 mangsa), Dewan Gereja (RC) Kampung Bangkulin (55 mangsa).

“Dewan Sri Ontoros menempatkan paling ramai mangsa di Tenom seramai 476 mangsa dan diikuti Dewan Labut Satu (296 mangsa), Rumah Kebudayaan Angalor (226 mangsa), Rumah Kebudayaan Maligus (201 mangsa), Masjid Paal Seberang (185 mangsa), Dewan Mini Jinuin Jimin (160 mangsa), Rumah Kebudayaan Kalasan (143 mangsa), Rumah Kebudayaan Lalandang (125 mangsa), Rumah Kebudayaan Sindungon (118 mangsa), Dewan Kebudayaan Sindungon (108 mangsa), Dewan Labut Dua (96 mangsa), Dewan Kebudayaan Pamaluyan (88 mangsa), Dewan Kebudayaan Gumuilu (74 mangsa) dan Batu Angalor (36 mangsa),” katanya.

Tambahnya lagi, kesemua penduduk yang terjejas adalah daripada 33 kampung di seluruh daerah Tenom.

Jurucakap APM berkata, PPS Dewan Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort menempatkan 294 mangsa manakala 177 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Selagon. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI