fbpx

Kentut tidak lagi malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki bernama Kentut berjaya menukar namanya melalui kepada Ihsan Hadi. – YOUTUBE/YTCRASH FEEDS

JAKARTA, INDONESIA – Seorang lelaki dari Kota Tangerang Pulau, Jawa akhirnya lega selepas berjaya menukar namanya daripada Kentut kepada Ihsan Hadi.

Menurut portal berita suara.com, lelaki kelahiran Jawa Tengah itu membuat permohonan menukar nama melalui Mahkamah Negeri Tangerang pada 23 April 2018.

“Permohonan untuk menukar nama daripada Kentut, 31, kepada Ihsan Hadi telah diluluskan,” kata hakim, Elly Istianawati.

Kata Kentut, ekoran nama ‘unik’ itu, dia sering dibuli dan diejek kawan-kawannya sejak dari kecil.

Bagaimanapun, keinginan untuk menukar nama yang diberi orang tuanya itu menjadi semakin kuat selepas melihat anaknya pula kerap pulang ke rumah dan menangis kerana diejek ekoran mempunyai bapa bernama kentut.

“Pernah suatu ketika, anak saya tidak mahu pergi ke sekolah kerana malu apabila diejek ‘kentut’ oleh kawan-kawannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI