KUANTAN – Seorang pegawai kanan Maritim Malaysia (APMM) mengaku bersalah atas tuduhan menerima suapan di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini.
Tertuduh, Mohd. Rusdi Mohd. Joha, 47, yang berpangkat Bintara Kanan Maritim, didakwa menerima suapan daripada Wan Mohd. Fauzi Wan Kamaruddin yang juga pemilik kapal melalui orang tengah untuk tidak mengambil tindakan terhadap kapal milik syarikatnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di antara 2 April 2020 hingga 11 November 2020 melalui pindahan wang secara online ke dalam akaun milik tertuduh.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.
Mahkamah kemudiannya memutuskan tertuduh dikenakan denda RM4,500 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda ditetapkan. – K! ONLINE