fbpx

300 penduduk Teluk Renjuna jalani ujian saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohana menunjukkan gelang pink yang dipakai selepas selesai menjalani ujian saringan Covid-19 di SK Pulau Beluru, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Seramai 300 orang penduduk di Kampung Teluk Renjuna di sini mula menjalani ujian saringan Covid-19 bermula hari ini susulan penularan wabak itu mula dikesan kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

Penularan jangkitan Covid-19 itu disebabkan oleh seorang wanita yang dipercayai lari dari kawasan Mukim Bunut Susu, Pasir Mas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) baru-baru ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, ujian saringan Covid-19 dijalankan di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Rata-rata penduduk mula berkumpul di dewan terbuka itu seawal pukul 8 pagi untuk menjalani ujian saringan itu dengan PKPD di kawasan tersebut akan bermula pukul 12 tengah malam ini.

Seorang penduduk Rohana Mamat, 49, berkata, dia selamat menjalani ujian calitan Covid-19 pada pukul 8.45 pagi tadi.

Menurutnya, dia dan keluarga terpaksa akur dan terus menjalani ujian saringan selepas jangkitan Covid-19 mula menular di kawasan itu.

“Saya berdoa agar seluruh penduduk di kawasan ini dilindungi daripada wabak Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI