fbpx

Penonton mahu tampar Marsha Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHA MILAN

PETALING JAYA – Dihina dan dimaki hamun. Itu situasi yang dilalui pelakon Marsha Milan susulan watak Nurul Huda yang dipegangnya dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa.

Menurut Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 36, dia sendiri tidak me­nyangka lakonannya sebagai Nurul Huda memberi impak emosi kepada para penonton.

Katanya, setiap kali waktu tayangan, dia pasti akan me­nerima mesej-mesej maki hamun daripada netizen yang dihantar dalam Instagram.

“Sejak bermula babak Nurul Huda menetap di rumah Nazril lakonan Syukri Yahaya, hampir setiap hari saya terima puluhan mesej cacian daripada netizen.

“Tidak cukup dengan itu, ada pula yang mengugut mahu menampar dan menggelar saya perempuan miang kerana terlalu geram dengan watak Nurul Huda,” katanya kepada Kosmo! semalam.

MARSHA membawakan watak wanita muslimah, Nurul Huda (kanan) dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa.

 

ANTARA kecaman yang diterima Marsha Milan di Instagram.

Meskipun dimaki bertubi-tubi, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga itu tidak terniat untuk memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Bahkan, dia juga percaya rakyat Malaysia tidak terlalu kejam sehingga sanggup mencederakan orang lain.

“Kalau ada yang mesej yang melampau, saya hanya tangkap layar dan kongsi dalam Instagram.

“Saya rasa penonton Malaysia tidaklah sejahat itu, mereka hanya marah dalam media sosial sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Marsha juga berharap agar penonton dapat mengawal emosi dan bijak membezakan perkara realiti serta fantasi.

“Saya ada juga membalas mesej netizen dengan niat untuk menegur golongan muda agar tidak terlalu kurang ajar dan akhirnya mereka pula meminta maaf,” ujarnya.

Untuk rekod, Rindu Awak Separuh Nyawa yang sedang hangat ditayangkan dalam slot Megadrama Astro Ria turut dibintangi Uqasha Senrose, Fizo Omar dan Aida Khalida. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI