fbpx

Anak muda Labu tunjuk solidariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAIZAL (dua dari kiri) bersama ahli Team Nasi Arab menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan mengibarkan bendera negara itu di Jalan Labu, Batu 10, Labu, Seremban. – ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, sekumpulan anak muda dikenali dengan Team Nasi Arab, telah mengibarkan bendera bersaiz besar negara itu di Kampung Labu, Batu 10, Labu dekat sini.

Bendera Palestin bersaiz 3 meter X 5 meter terbabit dijahit dengan kos sebanyak RM120 dan telah dipasang dan berkibar sejak 17 Mei lalu.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Faizal Tajuddin, 36, berkata, pihaknya terpanggil untuk menyatakan solidariti apabila terkesan dengan kekejaman yang dilakukan pihak Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

“Kami sebagai wakil anak muda di kampung ini melihat perkara ini merupakan satu isu dunia yang perlu ditangani secara bersama bagi memastikan rakyat Palestin tidak ditindas .

“Oleh itu, kami mengeluarkan kos sendiri untuk mengibarkan bendera ini. Mungkin usaha ini kecil namun diharap sesiapa yang melalui jalan ini dapat menyokong kami dengan bergambar dan meletakkan tanda pagar #densokongPalestin,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd. Faizal, pihaknya mengambil peluang untuk mendermakan sebanyak 10 peratus dari hasil jualan nasi arab kepada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia dan I Own Palestin.

“Selain daripada menyumbang 10 peratus dari jualan nasi arab, kami juga menyasarkan kutipan dana sebanyak RM10,000 selewat-lewatnya pada hujung bulan ini bagi membantu rakyat Palestin.

“Setiap pembelian nasi arab akan disalurkan kepada pihak Palestin. Ini serba sedikit cara kami dapat membantu saudara kita di sana,” katanya.

Dalam pada itu, jelas Mohd. Faizal, pihaknya sebelum ini pernah mengumpul dana sebanyak RM10,000 hasil daripada jualan nasi arab pada Ramadan lalu bagi membantu golongan asnaf memerlukan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI