fbpx

Exco Selangor langgar SOP ziarah Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Twitter yang tular pelanggaran SOP oleh Exco Selangor.

KUALA LANGAT – Seorang Exco Selangor didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) berhubung majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat di sini.

Ini susulan penularan beberapa keping gambar daripada sebuah akaun Twitter pada pukul 11.27 pagi tadi.

Berdasarkan Twitter itu, pengguna tersebut melakukan ciapan “satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan.. tarikh dan masa sudah terpampang pada gambar-gambar itu”.

Difahamkan individu tersebut adalah Borhan Aman Shah yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung penularan gambar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan gambar dari akaun twitter berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung Exco itu yang dikatakan telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ziarah Aidilfitri yang sedang berkuat kuasa.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17 Pemberitahuan Undang-Undang (A) 225/2021,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI