fbpx

The Gunners belum berputus harap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berjaya mencatat kemenangan ke atas Palace awal pagi semalam menyebabkan mereka terus berharap mampu layak ke saingan Liga Europa musim depan. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih menaruh harapan untuk layak ke Liga Europa musim depan selepas menewaskan Crystal Palace 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park awal pagi semalam.

The Gunners berpeluang untuk melayakkan diri ke aksi playoff Liga Europa sekiranya menang ke atas Brighton pada perlawanan terakhir liga Ahad ini selain mengharapkan Everton dan Tottenham Hotspur tewas.

Meskipun sedang bergelut untuk mara ke Liga Europa, namun Arteta menegaskan, beliau gembira dengan situasi sekarang memandangkan ramai pihak tidak mempercayai kemampuan Arsenal sebelum ini.

“Sekiranya ada orang cakap kami boleh layak ke Liga Europa pada November atau Disember lalu, mungkin saya boleh cakap anda gila kerana kedudukan kami ketika itu sangat jauh.

“Bagaimanapun, kami berjaya lakukannya dan berhak untuk berada di kedudukan sekarang. Sekarang kami mahu fokus untuk dapatkan kemenangan pada aksi terakhir,” katanya.

Mengulas aksi menentang Pa­lace, pengendali dari Sepanyol itu gembira apabila menyaksikan Arsenal meledak tiga gol menerusi dua jaringan Nicolas Pepe serta satu gol Gabriel Martinelli.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini, lebih-lebih lagi aksi yang ditampilkan Pepe. Dia semakin matang selain sudah menyesuaikan diri dengan lebih baik dalam Liga Perdana,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI