fbpx

Leclerc harap tuah aksi di GP Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC berazam untuk mencipta kejutan dengan melakar kemenangan di laman sendiri pada GP Monaco Ahad ini. – AFP

LONDON – Pemandu Ferrari, Charles Leclerc berharap tuah beraksi di laman sendiri pada Grand Prix (GP) Monaco dapat membantunya meraih keputusan terbaik pada perlumbaan Formula Satu (F1) pada hujung minggu ini.

Pelumba berusia 23 tahun tersebut belum berupaya untuk meraih sebarang mata ketika bersaing di Monaco apabila gagal menamatkan saingan pada musim 2019 dan musim lalu perlumbaan tersebut dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Justeru, Leclerc berharap dengan peningkatan yang ada pada jentera SF21 dia mampu untuk melakukan kejutan di litar ikonik itu serta di hadapan penyokongnya sendiri.

Untuk rekod, sepanjang penampilan Ferrari di Monaco sejak 1950, pasukan tersebut te­lah meraih sembilan kemena­ngan dengan 53 podium dan kali terakhir Ferrari muncul juara menerusi Sebastian Vettel pada 2017.

“Saya gembira kerana dapat beraksi semula di litar ikonik ini tetapi tiga tahun lalu saya mempunyai rekod kurang baik di sini dan tahun lalu kami juga tidak dapat bersaing di sini.

“Saya gembira beraksi di litar ini dan saya suka berlumba di litar dalam kawasan bandar. Saya rasa ini adalah minggu istimewa buat semua pelumba untuk bersaing di Monaco.

“Saya lahir di sini dan juga membesar di Monaco. Sudah pasti saya teruja untuk berlumba di sini. Jadi, saya harap tuah akan memihak kepada saya untuk memperoleh keputusan terbaik,” katanya.

Selepas empat pusingan perlumbaan musim ini, Leclerc masih belum menaiki podium, namun Ferrari mula menunjukkan peningkatan terbaik pada setiap litar.

Pada perlumbaan di GP Bahrain, Leclerc menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam dan tempat keempat di Emilia Romagna. Manakala di Portugal dan Sepanyol, Leclerc mengakhi­ri saingan tempat keenam dan keempat sekali lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI