fbpx

Tiga dikompaun mandi kolam Bukit Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 setiap seorang susulan dikesan melakukan perlanggaran SOP PKP 3.0 dengan mandi di kolam Bukit Tampin, di sini, pagi tadi.- NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Tiga lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 setiap seorang susulan dikesan melakukan perlanggaran prosedur operasi standart (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan mandi di kolam Bukit Tampin, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kesalahan berkenaan disedari oleh Team Pematuhan SOP PKP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Tampin yang membuat pantauan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dikompaun atas kesalahan melakukan aktiviti dengan kehadiran ramai tanpa penjarakkan fizikal.

“Selain tiga kompaun berkenaan, dua kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan rentas daerah tanpa surat kebenaran polis. Bagi kesalahan ini, seorang lelaki berusia 32 tahun dikesan merentas daerah dari Kuala Pilah ke Tampin kira-kira pukul 11 pagi ketika pemeriksaan di Stadium Tampin.

“Manakala, seorang lagi lelaki berusia 69 tahun gagal mengemukakan alasan munasabah dan dokumen kebenaran polis ketika melalui sekarang jalan Raya (SJR) Batu 1 kira-kira pukul 12 tengah hari,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Anuwal berkata, bagi kesalahan merentas daerah tanpa kebenaran polis berkenaan, masing- masing dikompaun sebanyak RM5,000 seorang.

Menurutnya, kesemua kompaun bernilai RM19,000 itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI