fbpx

Vaksin berkesan lawan varian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GENEVA, Switzerland – Kemajuan dalam perang melawan pandemik koronavirus masih ‘rapuh’ manakala perjalanan antarabangsa perlu dielakkan, kata pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Eropah, Hans Kluge hari ini .

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa vaksin yang mendapat kelulusan WHO berkesan melawan jangkitan varian Covid-19 termasuk varian yang mencetuskan kebimbangan.

“Ketika ini ketika dunia terus berdepan ketidaktentuan, kita perlu terus berwaspada dan mengelak perjalanan antarabangsa,” kata Kluge sambil menambah,  kluster-kluster jangkitan di Eropah boleh merebak dengan cepat.

Menurutnya, varian India yang amat cepat menular telah dikesan di sekurang-kurangnya 26 daripada 53 negara di rantau Eropah di bawah pengawasan WHO.

Bagaimanapun, beliau berkata vaksin yang diluluskan berkesan menangani varian baharu.

“Semua varian virus Covid-19 yang muncul setakat ini dapat ditangani menggunakan vaksin yang diluluskan,”katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI