fbpx

Reezal tentukan atlet bertanding atau tidak di Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fahysal (belakang) memerhatikan petugas kesihatan memberikan vaksin Covid-19 kepada orang awam di PPV Dewan Sukan Pandamaran, Klang, hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Keputusan atlet Malaysia akan bertanding atau sebaliknya di temasya Sukan SEA ke-31, di Vietnam, November depan akan ditentukan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, Reezal mempunyai autoriti untuk berbuat demikian memandangkan beliau terlibat dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan keadaan semasa Covid-19 di negara ini.

“Bagaimanapun, atlet akan terus melakukan latihan mengikut pelan yang telah ditetapkan MKN dan persatuan sukan masing-masing.

“Kementerian akan terus memberi sokongan kepada atlet sama ada mereka ke temasya itu atau sebaliknya,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pangsapuri Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kapar, di sini hari ini.

Terdahulu, Vietnam mengumumkan akan menganjurkan acara sukan berkenaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu dari 21 November hingga 2 Disember.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang diadakan secara maya, semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI