fbpx

Kawah misteri berhampiran KRI Nanggala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawah dengan diameter sekitar 38 meter ditemui berdekatan lokasi penemuan bangkai kapal KRI Nanggala-402-YouTube TNI AL

JAKARTA – Satu kawah misteri dengan diameter sekitar 38 meter ditemui berdekatan lokasi penemuan bangkai kapal selam milik tentera Indonesia, KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali, lapor laman Detik.com semalam.

Penemuan tersebut dikesan oleh sebuah kapal dari China iaitu Tan Suo Er Hao yang menjalankan tinjauan bawah laut.

Panglima Komando Armada 11, Laksamana Muda TNI Iwan Isnurwanto berkata mereka mengandaikan kawah tersebut menjadi lokasi tenggelamnya badan kapal.

“Lokasi sebenar badan kapal itu belum boleh digambarkan. Ketika ini, kami hanya mengandaikan bahawa mungkin ia berada di kawah tersebut,” katanya.

Selain itu, tiga bahagian kapal lain iaitu haluan (bow section), anjungan (sail section) dan buritan (stren section) turut ditemui tidak jauh dari kawah tersebut.

Jelas Iwan, kawah tersebut mempunyai kedalaman sekitar 10 hingga 15 meter namun isi kawah tersbeut masih belum diketahui.

Dia turut menambah bahawa kawasan carian bagi bangkai kapal itu masih diperluas memandangkan masih ada bahagian yang belum ditemui.

Kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 yang hilang bulan lalu disahkan ditemui hancur di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Kapal selam buatan Jerman itu dijadualkan melakukan latihan menembak torpedo apabila ia meminta kebenaran untuk menyelam sebelum terputus hubungan tidak lama kemudian. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI