fbpx

Kumpulan GFriend dibubarkan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN GFriend.

BARU-BARU ini muncul berita mengejutkan mengenai kesemua anggota kumpulan GFriend yang tidak memperbaharui kontrak dengan agensi mereka, Source Music.

Memetik laporan Allkpop, kesemua anggota GFriend akan tamat kontrak pada 22 Mei ini dan berkemungkinan besar bakal membawa haluan masing-masing.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang telah menunjukkan cinta kepada GFriend.

“Kami meminta anda memberikan cinta dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada GFriend,” tulis Sources Music.

Rentetan daripada itu, peminat mula berteka-teki dan membuat spekulasi, adakah kumpulan K-pop itu akan dibubarkan atau dikekalkan selepas ini.

Mengikut laporan Koreaboo pula, GFriend bakal dibubarkan dalam waktu terdekat namun tiada perincian atau sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan kumpulan itu setakat ini.

Untuk rekod, GFriend memulakan debut pada tahun 2015 dengan enam ahli iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB, dan Umji menerusi single hit Glass Bead.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI