fbpx

Lokaliti di enam negeri dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di 15 mukim dalam daerah Besut, Terengganu bermula 22 Mei hingga 4 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak.

Kesemua 15 mukim yang terlibat ialah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.

“Kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang pada bermula 22 Mei ini.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan selepas KKM mendapati berlaku peningkatan kes positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu Ismail Sabri berkata, empat lagi mukim di Perak turut dikenakan PKPD bermula 22 Mei hingga 4 Jun.

“Empat mukim tersebut ialah di Daerah Hulu Perak (Mukim Pengkalan Hulu); Daerah Larut, Matang dan Selama (Mukim Taiping), Daerah Kinta (Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) serta Daerah Muallim (Mukim Hulu Bernam Timur).

“Sementara itu di Sabah dan Sarawak pula, sidang khas turut bersetuju mengenakan PKPD di Kampung Idani, Semporna, Sabah; Kampung Pisang, Tawau; Kampung Getah, Kampung Getah Tengah & Taman Kunak Jaya, Kunak, Sabah dan Kampung Boyan, Kuching, Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu di Kelantan, kerajaan melaksanakan PKPD di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.

“Manakala PKPD di tujuh lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat pada 21 Mei dilanjutkan bermula 22 Mei sehingga 4 Jun.

“Pelanjutan PKPD turut dilaksanakan di 16 Lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang manakala PKPD di Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar, Sabah yang dijadualkan tamat pada 20 Mei pula dilanjutkan dari 21 Mei hingga 3 Jun depan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI