fbpx

Nasib Neelofa ditindas sama seperti Palestin – Peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

PETALING JAYA – Memberi sokongan teguh, peminat menyamakan dugaan yang dilalui pasangan suami isteri selebriti sensasi Neelofa dan Haris Ismail ketika ini sama seperti situasi rakyat Palestin.

Hasil pemantauan Kosmo! Online, rata-rata peminat pasangan itu meninggalkan komen dengan kata-kata semangat serta menyamakan netizen yang mengecam artis kesayangan mereka seperti Zionis.

Malah, kumpulan peminat bekas pengacara MeleTOP itu juga mempertikaikan mengapa Neelofa dan Haris yang sering dituduh melanggar prosedur operasi standard (SOP) sedangkan ramai lagi yang melakukan hal sama.

“Berhati dengki yahudi Zionis memang suka tuduh dan kecam pasangan ini. Padahal ramai lagi yang langgar SOP, mulut dan mata tak boleh ditutup sekiranya sudah dikuasai syaitan.

“Neelofa dan Haris sekarang nasibnya seperti rakyat di Palestin. Mereka yang dengki itu spesies yahudi Zionis,” tulis peminatnya dalam beberapa platform media sosial.

Sementara itu, dalam Twitter pula tersebar tangkap layar InstaStory yang dipercayai dimuat naik oleh pemilik akaun kelab peminat Neelofa dalam Instagram.

Tangkap layar antara komen dilontarkan peminat Neelofa

Bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut.

“Palestin dan Neelofa ada satu persamaan. Palestin ditindas atas tanah sendiri, Neelofa dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.

“Perbezaan? Palestin ditindas oleh bangsa Israel tetapi Neelofa dibuli oleh saudara seagama,” tulis pemilik akaun tersebut.

Sehingga kini, nama Neelofa sekali lagi sohor kini dalam Twitter susulan kes mahkamah melibatkan dia dan suami.

Hari ini, Kosmo! Onlj e melaporkan Neelofa dan Haris mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan ketika mereka berada di sebuah kedai karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI