fbpx

Mayat hampir reput terapung di perairan Yan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM menaikkan mayat hampir reput yang ditemui terapung di perairan Yan pada pagi ini.

YAN – Satu mayat dalam keadaan hampir reput ditemui terapung di perairan ini pada kedudukan 6.5 batu nautika barat Pulau Telor di sini hari ini.

Mayat tanpa identiti itu ditemui nelayan tempatan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut daripada Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.

“Terdahulu, pengadu menghubungi talian kecemasan 999 berikutan keadaan mayat yang mereput dan sukar dialihkan tanpa peralatan sesuai.

“Sebuah bot ronda APMM diatur gerak ke lokasi kejadian dan mayat berjaya dinaikkan dari laut sebelum dibawa ke Jeti Penumpang Tanjung Dawai untuk proses sanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Balai Polis Yan di talian 04-4655222,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa yang dipercayai lelaki itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI