fbpx

Kes Covid-19 pecah rekod lagi, catat 6,806

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 hari ini memecah rekod kes semalam selepas mencatat angka 6,806 sekali gus menjadikan angka jangkitan kekal melebihi 6,000 untuk dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu seterusnya menjadikan jumlah kes positif sebanyak 492,302 kes.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,277 kes.

“Selain itu, Kuala Lumpur (655 kes), Johor (615 kes), Sarawak (608 kes), Kelantan (426 kes), Kedah (417 kes), Pulau Pinang (362 kes), Negeri Sembilan (291 kes), Perak (248 kes), Sabah (245 kes), Terengganu (233 kes), Melaka (212 kes) dan Pahang (157 kes).

“Putrajaya pula dengan 35 kes manakala, Labuan merekodkan 17 kes baharu dan Perlis sebanyak lapan kes,” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI