fbpx

Ditikam selepas pijak kepala warga Thai sedang tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa ditikam yang juga merupakan tempat tidur suspek di dalam reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau dekat Kok Lanas.

KOTA BHARU – Berang akibat kepalanya dipijak ketika sedang tidur, seorang lelaki warga Thailand bertindak menikam seorang penganggur dengan sebilah parang kecil di dalam sebuah reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau dekat Kok Lanas di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.46 malam itu, mangsa, Mohd. Daiylamien Ashari ,38, disahkan meninggal dunia ketika dia tiba di Hospital Machang untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berdasarkan siasatan, kejadian berlaku ketika mangsa pergi ke rumah saudaranya yang dikenali sebagai Pak Do Buyung, 36, di kampung berkenaan kira-kira pukul 11.30 malam.

Katanya, ketika berada di rumah itu, mangsa didatangi oleh seorang lelaki warga Thailand berusia dalam lingkungan 20-an yang dikenali sebagai Man Siam.

“Ketika berada di dalam reban ayam di belakang rumah itu, mangsa dipercayai telah ditikam sebanyak empat kali di bahagian dada oleh lelaki itu.

“Siasatan mendapati, suspek mengenali mangsa. Selepas menikam mangsa, lelaki warga Thailand itu memaklumkan kepada saudaranya bahawa Mohd. Daiylamien telah memijak kepalanya ketika dia sedang tidur selepas berlaku perselisihan faham antara mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, bagaimanapun, suspek terus bertindak melarikan diri selepas kejadian itu.

Katanya, bedah siasat terhadap mangsa telah dijalankan di Hospital Machang kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum mayatnya diserahkan kepada ahli keluarga.

Ujarnya, sehubungan dengan itu, polis sedang memburu suspek yang dikenali sebagai Man Siam untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI