fbpx

Jahit, kibar bendera Palestin tanda solidariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Faizal Tajuddin (dua dari kiri) bersama ahli Team Nasi Arab menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan mengibarkan bendera negara itu. -FOTO : ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, sekumpulan anak muda dikenali dengan Team Nasi Arab, telah mengibarkan bendera negara itu yang bersaiz besar di Kampung Labu, Batu 10, Labu dekat sini.

Bendera Palestin bersaiz 3 meter X 5 meter itu dijahit dengan kos sebanyak RM120 dan telah mengibarkan sejak 17 Mei lalu.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Faizal Tajuddin, 36, berkata, pihaknya terpanggil untuk menyatakan solidariti apabila terkesan dengan kekejaman yang dilakukan pihak Israel terhadap rakyat Palestin.

“Kami sebagai wakil anak muda di kampung ini melihat ia merupakan satu isu dunia yang perlu ditangani secara bersama bagi memastikan rakyat Palestin tidak ditindas begitu sahaja.

“Oleh itu, kami mengeluarkan kos sendiri sebanyak RM120 untuk mengibarkan bendera ini. Mungkin usaha ini kecil namun diharap penduduk sekitar atau sesiapa yang melalui Jalan Labu ini dapat menyokong kami dengan bergambar dan meletakkan tanda pagar #densokongPalestin,” katanya ketika ditemui di Kampung Labu, Batu 10, Labu, di sini semalam.

Menurut Mohd. Faizal, pihaknya mengambil peluang untuk mendermakan sebanyak 10 peratus dari hasil jualan nasi arab kepada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia dan I Own Palestin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI