fbpx

Lakonan bertukar realiti, Billy Porter dedah hidap HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Billy Porter

SIAPA sangka peranan dimainkannya menerusi watak Pray Tell dalam siri televisyen, Pose yang menghidap human immunodeficiency viruses (HIV) adalah berdasarkan kehidupan sebenarnya.

Billy Porter mendedahkan kepada The Hollywood Reporter yang dirinya sudah 14 tahun hidup dengan virus maut tersebut.

“Dalam bulan Jun 2007, saya didiagnos positif-HIV.

“Saya berusaha untuk menjalani kehidupan dan memiliki kerjaya, dan saya tidak pasti kalau saya boleh kongsi cerita ini dengan orang yang salah.

“Saya takut kalau saya kongsikan, ia akan jadi satu jalan lain untuk orang mendiskriminasi saya dalam profesi yang sudahpun didiskriminasi,” kata Billy, 51.

Kata pemenang Emmy itu, tiada siapa tahu tentang kondisi dirinya termasuk ketika dia terlibat dalam drama Pose melakonkan watak seorang lelaki yang menghidap HIV.

“Saya terjemahkan kondisi (positif-HIV) saya melalui karakter tersebut.

“Saya membesar ikut ajaran agama, datang dari keluarga yang alim (selalu ke gereja). Ini adalah balasan daripada Tuhan,” katanya.

Watak Pray Tell dalam siri Pose pernah melayakkan dirinya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Emmy pada 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI