fbpx

Kertas siasatan selebriti beraya bersama keluarga lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video dimuat naik Nabila dalam Instagramnya baru-baru ini memaparkan dia sekeluarga berkumpul pada 1 Syawal lalu.

PETALING JAYA – Kertas siasatan membabitkan seorang selebriti yang didakwa menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga telah lengkap dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Difahamkan, selebriti terbabit dipercayai Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, merujuk kepada satu video tular membabitkan seorang selebriti yang didakwa menyambut hari raya bersama keluarganya, polis telah membuka kertas siasatan.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Brickfields telah membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 17 P.U.(A) 225/21 bagi siasatan dakwaan ziarah raya yang dilakukan oleh ahli keluarga tersebut.

“Kertas siasatan juga telah lengkap dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan sebarang aktiviti ziarah raya adalah tidak dibenarkan.

“Pergerakan merentas sempadan negeri dan daerah juga tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia.

“Manakala pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dibenarkan namun aktiviti ziarah raya tetap tidak dibenarkan untuk mana-mana individu sekali pun,” tegasnya.

Tambahnya, sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), orang ramai diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI