fbpx

Jumlah pesakit Covid-19 alami komplikasi meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 daripada 44 pesakit Covid-19 ditempatkan di wad ICU Hospital Sultan Abdul Halim.

ALOR SETAR – Jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini yang mengalami komplikasi dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) meningkat dengan cepat sejak kebelakangan ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, situasi itu membimbangkan dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mengekang penularan Covid-19.

Katanya, sehingga semalam, seramai 44 pesakit masih dirawat di ICU dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Seramai 11 daripada mereka dirawat di ICU Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani manakala bakinya berada di ICU Hospital Lama Alor Setar dan Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

“Kebanyakan pesakit yang berada di ICU berumur 50 tahun ke atas. Daripada keseluruhan 44 individu yang dirawat di ICU, cuma tiga sahaja yang berusia 50 tahun ke bawah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fikri memaklumkan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kota Setar dan sembilan lokaliti di Bandar Darulaman serta Lubuk Kawah di Jitra membolehkan pihaknya melaksanakan pengesanan kontak rapat dengan lebih terperinci. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI