fbpx

Nabila Huda paranoid nak keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

Sejak akhir-akhir ini ramai pula golongan selebriti tanah air dijangkiti virus Covid-19. Salah seorangnya, Nabila Huda. Pengalamannya dijangkiti wabak berkenaan membuatkan dirinya berasa paranoid sehingga tidak berani keluar rumah.

Luahan tersebut ditulis sendiri Nabila atau Abil ketika membalas komen rakan pelakon Siti Elizad dalam satu hantaran terbaharu yang memaparkan anaknya, Keisha Laila sedang melakukan ujian calitan Covid-19.

“Allahuakbar Keisha. Rindu nak tengok video kau di rumah, sembuh cepat Abil,” tulis Elizad.

Membalas komen tersebut, Abil memberitahu dia paranoid selepas melalui fasa positif Covid-19.

“Aku sikit lagi ni. Tak sabar nak masak dan memang tak akan keluar rumahlah.

“Kerja pun aku nak batalkan, paranoid teruk,” balas Abil.

Simpati sungguh dengan nasib mereka yang dijangkiti Covid-19. Semoga anda semua diberikan kesembuhan segera.

Pesanan Mizz Lahar, patuhilah prosedur operasi standard (SOP) dan kekal menjaga diri!

MIZZ LAHAR: Teruk juga kecaman dilemparkan terhadap kualiti lakonan Sharifah Rose dalam drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard. Tak apa, banyak lagi kena belajar. Kalau tak dikecam, macam mana nak tahu kelemahan diri kan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI