fbpx

Rossi tunggu masa umum masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI sedia menjawab segala spekulasi berhubung masa depannya apabila saingan MotoGP berehat seketika selepas tamat GP Belanda pada 27 Jun depan. – AFP

LE MANS, Perancis – Masa depan Valentino Rossi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akan terjawab selepas pelumba dari Itali itu mengesahkan sedia mengumumkan keputusan berhubung ­kariernya ketika waktu rehat musim panas nanti.

Rossi, 42, yang kini bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) membuat pengumuman tersebut kepada saluran televisyen Indonesia, Trans7 TV menjelang perlumbaan di Litar Mugello dalam saingan Grand Prix (GP) Itali pada 30 Mei ini.

Rossi dilaporkan mahu memberi tumpuan untuk menguruskan pasukannya sediri musim depan dalam kelas utama ­MotoGP selepas dia dikatakan telah menerima tajaan daripada syarikat pengeluar minyak gergasi Arab Saudi, Aramco.

“Saya ada berbincang de­ngan Petronas dan Yamaha berhubung perkara ini. Selepas sembilan perlumbaan nanti, kami akan melalui tempoh rehat.

“Saya akan menentukan kedudukan saya tahun depan sewaktu tempoh tersebut. Ia bermakna selepas mengharungi sembilan perlumbaan musim ini,” kata juara dunia MotoGP tujuh kali itu.

Saingan MotoGP musim ini akan berehat seketika selepas tamat GP Belanda di Litar Assen pada 27 Jun sebelum perlumbaan kembali bersambung untuk GP Austria di Litar Red Bull, 15 Ogos depan.

Dalam masa sama, Rossi dilihat masih mempunyai dua pilihan sekiranya mahu terus berlumba dalam perlumbaan MotoGP iaitu kekal bersama ­Petronas SRT atau beralih ke pa­sukannya, VR46 selain kembali semula bersama Ducati musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI