fbpx

Chelsea bangkit tebus kekecewaan Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JORGINHO menjaringkan gol kedua Chelsea selepas menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi EPL di Stamford Bridge awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berpuas hati apabila barisan pemainnya bangkit membalas kepercayaannya dengan melakar kemenangan penting 2-1 ke atas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Ia sekali gus menyaksikan The Blues berjaya membalas dendam terhadap skuad kendalian Brendan Rodgers itu yang terdahulu menang 1-0 sewaktu aksi final Piala FA di Stadium Wembley pada Ahad lepas.

Kata Tuchel, anak-anak buahnya kali ini mempamerkan prestasi lebih agresif dan me­nunjukkan semangat tinggi untuk memburu tiga mata ke atas Leicester dalam usaha meraih slot automatik ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

“Semua tahu pasukan me­ngalami kekecewaan apabila tewas kepada Leicester pada final Piala FA baru-baru ini. Namun, mereka membuktikan keupayaan sebenar dengan memenangi perlawanan yang cukup penting ini.

“Kami memulakan perlawanan dengan sempurna dari aspek serangan dan pertahanan. Saya anggap kehadiran semula para penyokong secara tak langsung meniupkan semangat pasukan untuk memburu tiga mata berharga,” katanya.

Dua gol Chelsea dalam aksi tersebut diperoleh dalam babak kedua menerusi Antonio Rudiger dan Jorginho.

Sementara itu, Tuchel meluahkan kebimbangan terhadap tahap kecederaan dialami pemain tengah berpengaruh, N’Golo Kante yang terpaksa dikeluarkan dan digantikan Mateo Kovacic pada pertengahan separuh masa pertama.

“Dia (Kante) menjelaskan tidak mengalami kecederaan serius tetapi saya tetap membuat keputusan untuk mengeluarkannya lebih awal dengan Kovacic sebagai langkah berjaga-jaga. Saya harap dia cergas semula bertemu Aston Villa hujung minggu ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI