fbpx

Tak dapat duit punca anak amuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di PPR Sri Aman, Jinjang Utara, Kuala Lumpur inilah mangsa mati selepas dipukul dengan objek keras pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Gara-gara permintaan untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi, seorang lelaki dipercayai tergamak membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, A. Danapathi, 72, yang menghidap penyakit kanser payu dara dikatakan sedang tidur di dalam biliknya.

Suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kemudian pulang ke rumah dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengejutkan mangsa.

Isteri suspek mendakwa, suaminya meluru ke dalam bilik ibu mentuanya dan bertindak me­ngunci pintu bilik tersebut.

“Ketika itu, saya sedang memasak di dapur dan mendengar ibu mentua menjerit kesakitan.

“Saya cuba membuka pintu bilik untuk meleraikan pergelutan tetapi dimarahi suami,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Cerita wanita itu, suspek turut memarahinya kerana cuba membantu mangsa yang dipukul menggunakan kayu.

Jelasnya, pergelutan dua beranak itu berlaku selama kira-kira 45 minit.

“Tidak lama kemudian, saya lihat suami keluar dari bilik de­ngan bajunya berlumuran darah manakala ibu mentuanya pula dilihat dalam keadaan terduduk di atas lantai,” katanya

Tambah wanita itu, dia sempat mengangkat ibu mentuanya ke bilik mandi untuk membersihkan darah pada pakaian mangsa sebelum meletaknya di atas sofa.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan memberkas suspek. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmorgamorty Chinniah berkata, suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan objek keras.

“Ujian air kencing mendapati pemuda itu positif ganja dan he­roin. Suspek ditahan reman sehingga 7 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI