fbpx

Kehilangan’ yang menyukarkan Ahn Jae-hyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHN JAE-HYUN

PELAKON tinggi lampai Ahn Jae-hyun mengakui tempoh ‘vakum’ dirinya selama dua tahun daripada terlibat dalam program New Journey To The West sebelum ini disebabkan dia hidup dalam satu fasa yang menyukarkan.

Umum tahu, dia sebelum itu pernah terpalit kontroversi berikutan keretakan rumah tangga yang dibinanya bersama aktres Goo Hye-sun mula mendapat perhatian sehinggalah pasangan itu sah bercerai pada 2019.

Meskipun dia merupakan anggota asal program berkenaan sejak musim kedua, namun Jae-hyun memilih tidak menyertainya untuk musim ketujuh pada 2019 berikutan masalah peribadi, termasuklah musim kelapan yang disiarkan pada tahun lepas.

Dia kemudiannya membuat kemunculan semula pada program tersebut baru-baru ini yang mula bersiaran sejak 14 Mei lalu.

Menerusi salah sebuah episod, terdapat momen Jae-hyun berbicara tentang kehilangannya dengan dua lagi anggota iaitu P.O daripada kumpulan Block B dan Kyu-hyun (Super Junior).

Kata P.O, dia pernah meminta kru produksi program tersebut menelefon Jae-hyun supaya pelakon itu kembali menyertai mereka.

“Sebab sudah terlalu lama. Maksudnya, saya berehat selama dua tahun. Saya selalu berfikir, apa yang perlu saya buat? Sejujurnya, (waktu itu) sangat sukar buat saya,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI