fbpx

MBJB arah Kak Siti Ayam Penyet tutup serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemantauan yang dibuat oleh penguatkuasa MBJB mendapati kedai yang tular itu sudah tidak beroperasi lagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengarahkan perniagaan Kak Siti Ayam Penyet yang tular di media sosial kerana mengelirukan pengguna ditutup serta merta dan diminta mengemas barang-barang perniagaan berkaitan.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, kedai yang beroperasi di rumah di Taman Johor Jaya, dekat sini secara online itu diarahkan berbuat demikian kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dari MBJB untuk menjalankan aktiviti perniagaan tersebut.

Katanya, tindakan itu diambil ekoran aduan awam menerusi laman media sosial baru-baru ini berhubung isu peniaga menjalankan perniagaan makanan yang telah menimbulkan kegusaran orang ramai disebabkan penggunaan nama perniagaan yang boleh mengelirukan pembeli.

Tambahnya, MBJB turut mengarahkan agar segala iklan-iklan perniagaan yang dipamerkan di rumah berkenaan dibuka serta-merta.

“Susulan aduan tersebut, sepasukan anggota penguatkuasaan MBJB menjalankan siasatan semalam dan mendapati bahawa sepasang suami isteri telah menjalankan aktiviti perniagaan pelbagai jenis makanan di sebuah rumah dengan menggunakan aplikasi pemesanan makanan atas talian.

“Sehubungan itu, MBJB telah mengeluarkan notis amaran  di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari MBJB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial pasangan suami isteri bukan Islam menjalankan perniagaan dengan menggunakan nama kedai Melayu bagi mengeliru pengguna aplikasi pemesanan makanan atas talian.

Hasil tinjauan yang dibuat ke rumah terbabit, kedai itu sudah tidak lagi beroperasi sejak semalam setelah didatangi sepasukan penguatkuasa MBJB kira-kira pukul 1 petang semalam.

Adib memberitahu, peniaga tersebut juga mendaftar nama syarikat yang sama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas nama perniagaan yang dijalankan.

Katanya, MBJB turut mengemukakan laporan siasatan kepada agensi bertanggungjawab seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, pihak polis, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selain SSM untuk tindakan susulan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI