fbpx

Lelaki terjun jambatan dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan SAR ke atas seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan By Pass Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan By Pass Jalan Kota Tinggi – Mersing pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melihat kejadian itu pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, usaha mencari dan mengelamat (SAR) mangsa sedang giat dijalankan di sekitar Sungai Johor berhampiran jambatan terbabit.

“Sebuah motosikal jenis Modenas berwarna putih hitam turut dijumpai diparkir ditepi jambatan dalam keadaan enjin masih hidup, “katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hussin berkata, semakan awal pemilik motosikal tersebut di daftarkan atas nama seorang lelaki Melayu beralamat di Batu 25, Jalan Kota Tinggi – Johor Bahru.

Bagaimanapun katanya, butiran lanjut masih belum diperolehi kerana pemilik motosikal belum berjaya ditemui.

Sementara itu, seramai 25 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mersing, Skudai diketuai Ketua BBP Kota Tinggi, Azman Jantan dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa .- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI