fbpx

Singapura lulus vaksin Pfizer untuk remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin Pfizer menunjukkan keberkesanan tinggi bagi golongan berusia antara 12 hingga 15 tahun. - Wallace Woon/EPA-EFE

SINGAPURA – Singapura telah meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer-BioNTech untuk remaja berusia antara 12 hingga 15 tahun, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong kelmarin berkata ibu bapa di negara itu perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin.

“Apabila anak-anak berpeluang untuk divaksin, saya menggalakkan supaya ibu bapa tidak menafikan hak mereka untuk mendapat perlindungan daripada virus Covid-19,” kata Wong.

Singapura menggesa golongan dewasa dan remaja untuk mengambil suntikan vaksin ekoran peningkatan kes di negara itu sejak akhir-akhir ini.

Biarpun jumlah kes di Singapura lebih kecil berbanding negara-negara jirannya, ia mencatat antara 30 hingga 50 kes sehari dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Kadar vaksinasi Singapura ialah 22.8 peratus namun pihak berkuasa pendidikan masih mengarahkan pelajar untuk kekal berada di rumah dan melakukan sesi pembelajaran secara online.

Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung kelmarin berkata kerajaan yakin dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin Pfizer ke atas remaja.

“Pasukan kesihatan kami telah membuat penilaian bahawa vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap kumpulan umur antara 12 hingga 15 tahun.

“Tahap konsistensi yang dihasilkan adalah sama dengan apa yang telah dilihat pada golongan dewasa,” katanya.

Lembaga Sains Kesihatan Singapura mengatakan vaksin Pfizer mendorong tindak balas imun yang memberangsangkan dan menunjukkan keberkesanan vaksin yang tinggi sehingga 100 peratus.

Selain Singapura, Amerika Syarikat juga antara negara yang telah meluluskan penggunaan Pfizer sebagai suntikan vaksin Covid-19 buat golongan remaja di sana. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI