fbpx

513 ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 513 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 484 individu dikompaun manakala 29 lagi direman.

Katanya, antara kesalahan dilakukan adalah tidak memakai pelitup muka (185), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (105), tiada penjarakan fizikal (79), serta tidak patuh arahan kawalan pergerakan (57).

“Kesalahan lain ialah aktiviti perjudian (12), aktiviti pusat hiburan (5), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (5) dan lain-lain (65),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 78,260 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 4,040 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,007 anggota telah membuat pemantauan di 4,345 pasar raya, restoran (5,116), kilang (2,421), bank (3,942), pejabat kerajaan (981) dan penjaja (2,153).

“Turut dipantau ialah pasar awam atau tani (1,790), tempat ibadah (3,011), tempat riadah (1,693), terminal pengangkutan darat (2,616), terminal pengangkutan air (393) dan terminal pengangkutan udara (140),” katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, seramai 22 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi Op Benteng semalam, dengan empat buah kenderaan darat dirampas.

Katanya, sebanyak 186 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan.

Turut diadakan semalam, ujar Ismail Sabri adalah 462 sekatan jalan raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI